• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Mengaku Hanya Diluku Guru Pada Dahi

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang guru displin di sini baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd Najib Abu Bakar berkata melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak pada Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.

“Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada kejadian 7.45 pagi 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala, dan ditendang seorang guru disiplin di hadapan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.

Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.

Mohd Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera. – BERNAMA

Tags: Gurupelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd