“WEIII syaitonnn…….tak terbangnya ‘burung punai’ engko kalau setakat cuci pinggan, buang sampah dan kemas rumah kotor!!!”
Itu luahan oleh seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengutuk golongan lelaki kerana malas dan tidak mementingkan kebersihan di dalam rumah.
Menerusi akaun Facebooknya, Redzuan Abd. Manaf memuat naik sekeping gambar keadaan dapur yang seperti ‘tongkang pecah’ dengan pinggan mangkuk tidak dicuci dan lantai yang kotor serta menjijikkan.
Menurutnya, kehidupan di dalam rumah bujang memerlukan kesabaran kerana individu yang tinggal bersama sudah cukup dewasa untuk dimarahi.
“Duduk rumah bujang ni engko kena banyak sabar. Nak marah tak boleh, sebab masing-masing dah besar. Nak tulis nota “pandai makan, pandai simpan”, hellooooo……tu sangat kurang ajar!!!
“Jadi nak tak nak, engko kena belajar. Belajar untuk bertolak ansur dan tak mudah menyemburrrr!!!!” tulisnya.
Redzuan dalam statusnya turut menasihatkan golongan lelaki untuk ‘ringan tulang’ dalam mengemas rumah, mencuci pinggan dan membuang sampah supaya rumah yang didiami berada dalam keadaan selesa dan bersih.
Baca: Pemilik Dedah Sikap Penyewa Wanita Pengotor
Golongan wanita juga turut dinasihatkan untuk memantau rumah sewa teman lelaki mereka supaya berada dalam keadaan bersih dan bukan seperti dalam gambar yang dikongsinya.
“Kalau rumah perempuan bujang cam ni, elok kasi jer penamporrr!!! Wakakaka!!!” tulisnya yang hanya memberi pesanan kepada golongan lelaki terutamanya.
Menerusi ruangan komen, Redzuan menjelaskan dia terpaksa menjadi pembantu rumah di rumah sendiri tanpa bayaran berbanding menjadi bibik di rumah orang lain dan mendapat bayaran.
“Abang umah orang jadi bibik tapi berbayar rumah sendiri jadi bibik tapi makan hati,” tulisnya.
Perkongsian Redzuan mendapat respon positif netizen yang rata-ratanya mengutuk sikap lelaki yang malas dalam menjaga kebersihan rumah.
Ada yang menyatakan, jenis lelaki pemalas tidak boleh dijadikan calon suami dan perlu banyak bersabar jika mendapat rakan serumah yang tidak mahu bekerjasama dalam membersihkan rumah.
“Bapak pemalas, jangan jadikan calon suami kalau gini, muka keluar rumah hensem tapi…,” tulis Muyassarah Mekah.