• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tolak Kerjasama Parti Ada Hubungan Dengan DAP

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN PAS dengan PKR kini bergayut pada dahan yang rapuh. Keduanya saling bergantung untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang dimenangi bersama Pakatan pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

PAS kini ada tiga Exco Kerajaan Negeri dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri setelah dua ADUNnya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi hubungan kedua parti agak cacamarba kerana permusuhan sengit PAS dengan dua lagi sekutu PKR dalam Pakatan yakni DAP dan PAN.

Ramai para pemerhati politik melihat dalam situasi politik semasa, PAS tidak ada pilihan kecuali mengkaji semula hubungan yang rapuh itu.

Nampaknya ramalan itu tepat bila Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri memberitahu, partinya akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR.

Beliau memberitahu sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara itu akan dikaji semasa berlangsungnya Muktamar PAS yang akan diadakan di Alor Star, April ini.

Serentak dengan itu Haji Hadi menempelak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberi tempoh sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan mahu sertai Pakatan Harapan atau tidak.

“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU (PPBM). Kita sudah ada dasar. Dasar (PAS) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.

“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka.

“Tak perlu tunggu. Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” kata Hadi. – Agenda Daily

Tags: Abdul Hadi AwangDAPPASPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd