• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sokong Kerajaan Hentikan Kezaliman Terhadap Rohingya

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA – PAS sokong agenda kerajaan untuk memastikan kezaliman terhadap etnik Rohingya yang juga saudara sesama Islam yang ditindas dapat dibela.

Itu kata-kata yang disuarakan sukarelawan PAS yang menyertai misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ menuju ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata umat Islam perlu bergabung memandangkan isu Rohingya ini merentasi sempadan politik.

“Agenda Islam adalah sentiasa agenda bersama dan ahli Parlimen PAS sendiri beri sokongan kepada kerajaan (sedia ada) berhubung isu Rohingya,” katanya ketika ditemui di atas kapal hari ini.

Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata gelombang yang diterajui Malaysia pastinya membuka mata dunia untuk memberi perhatian terhadap etnik Rohingya yang ditindas.

Ditanya adakah PAS akan meneruskan kerjasama lain dengan kerajaan, beliau tidak menolak kemungkinan yang pihaknya akan terus bekerjasama demi kepentingan agama Islam serta negara.

“Setakat ini semua berjalan dengan baik. Harapnya misi mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan PAS, Sazali Sudin, 40, berkata kesusahan yang dihadapi etnik Rohingya menyebabkan beliau terpanggil untuk menyertai misi ini.

“Ini tanggungjawab umat Islam dan saya merasa cukup bertuah kerana banyak badan bukan kerajaan (NGO) bergabung meskipun berbeza fahaman.

“Saya berharap kami dapat sampaikan bantuan selain saya mahu lihat sendiri keadaan keperitan yang dilalui etnik Rohingya kerana anak mereka seperti anak saya juga,” katanya.

Misi yang masuk hari keenam ini membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

Misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Ia disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: PASRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd