• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Penentu Politik Negara Cuma Mitos – DAP

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP meminta sekutunya dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terlalu mengambil berat tentang peranan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, PAS sudah semakin hilang kekuatan di mata rakyat Kelantan dan mungkin juga tumbang di negeri itu.

Beliau mendakwa, ramai rakyat Kelantan berhijrah di Lembah Klang, tetapi mereka masih mengundi di kampung halaman mereka dan kebanyakan mereka menyokong Pakatan Harapan.

“Oleh itu, mitos bahawa PAS boleh menjadi penentu politik negara, sebagai satu kuasa ketiga terutamanya kepada Pakatan Harapan akan datang perlu dikaji semula.

“Entah bagaimana kalangan pemerhati politik melihat kekuatan PAS di Kelantan tanpa banyak penelitian mendalam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong berkata, pihak yang akan rugi besar dalam PRU14 jika berlaku pertandingan tiga penjuru adalah UMNO dan PAS.

Ia kerana, kata beliau, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PPBM tidak akan bertanding menentang satu sama lain tetapi membentuk gabungan melawan PAS dan UMNO.

“Dalam pertandingan tiga atau empat penjuru, maka pihak yang bakal rugi besar bukanlah Pakatan Harapan dan PPBM.

“PAS mungkin kehilangan Kelantan manakala UMNO boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk menawan semula negeri itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPLiew Chin Tong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd