• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Muktamad Tolak Kerjasama Dengan PPBM

oleh
17/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Apa yang ditunggu-tunggu sudah terjawab… PAS akhirnya memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Demikian ditegaskan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, keputusan tersebut malah adalah muktamad dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh saf kepimpinan PAS sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan pihak DAP atau PAN, tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” kata beliau lagi.

Untuk rekod, PAN merupakan serpihan PAS yang diwujudkan susulan kekalahan teruk sekumpulan pemimpin pro-DAP ketika pemilihan jawatan pada 2015 lalu sekali gus menyaksikan Pakatan Rakyat dibubarkan DAP sendiri.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini hari ini. Pengumuman rasmi itu juga ternyata satu tamparan hebat kepada pihak PPBM.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, beliau membuat kenyataan itu selepas Mahathir berkata PPBM memberi kata dua iaitu tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Difahamkan, Jawatankuasa Induk Bersama Antara PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan beberapa siri pertemuan untuk membentuk satu kerjasama, persefahaman dan muafakat politik melibatkan dua parti berkenaan.

Dalam pada itu, Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dilaporkan berkata bahawa ia bakal mengadakan kerjasama dengan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 susulan kenyataan terbaharu Abdul Hadi tersebut.

PPBM yang merupakan serpihan UMNO ketika ini cuba menganggotai blok Pakatan Harapan diketuai DAP serta sekutunya PKR dan PAN. Tindakan itu namun mencetuskan perasaan marah beberapa pemimpin dan ahli DAP.

Ia menyaksikan ramai nekad bertindak keluar daripada parti itu dengan paling baharu, Ahli Parlimen Kota Melaka dan tiga ADUN di Melaka kerana tidak berpuas hati terhadap Mahathir cuba menguasai pakatan pembangkang.

PAS pada tahun lalu membentuk blok pembangkang baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera dengan disertai oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa).

Sementara itu, mengulas tindakan Ahi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang kerap kritik kepimpinan PAS, Abdul Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa parti mendapati Mahfuz bersalah.

“Saya dimaklumkan memang ada laporan yang dibuat oleh ahli ke atas beliau (Mahfuz) sendiri terus kepada pihak jawatankuasa disiplin parti untuk tindakan susulan. Kita tunggu sahaja apakah keputusannya nanti,” kata beliau.

Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli PAS yang berasa mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat lagi menerima dasar PAS agar keluar daripada parti itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd