• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akhirnya Akur Kembali Bekerjasama Dengan DAP?

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pengumuman mengejutkan bahawa PAS akan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan musuh ketat parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua parti itu telah menghasilkan persefahaman bersama dan memperhalusi deraf rangka kerjasama politik PAS-PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

“Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara PAS dan PPBM telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

“Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti,” katanya dalam satu kenyataan yang dihebahkan melalui media sosial hari ini.

Kenyataan yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya itu dikeluarkan secara bersama oleh Tuan Ibrahim dan anak Mahathir yang juga Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz.

Tuan Ibrahim didakwa berkata, rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti,” katanya.

Pengumuman Tuan Ibrahim itu jika benar sekali gus menjawab persoalan ramai sama ada PAS akan menerima pelawaan PPBM untuk menjalin kerjasama politik.

Keputusan itu juga jika benar secara tidak langsung membawa maksud PAS secara tidak nyata kembali menjalin bekerjasama dengan parti cauvanis DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Ia ekoran PPBM merupakan sekutu politik kepada dengan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, pengumuman itu masih mengelirukan kerana PAS sebelum ini menegaskan parti itu tidak akan berkerjasama dengan DAP yang anti-Islam dan anti-Melayu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPDatuk Tuan Ibrahim Tuan ManPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd