• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Minta Penjelasan PPBM Kerjasama Dengan PAS!

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan pengumuman kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan PAS petang semalam memandangkan PPBM telahpun menandatangani perjanjian politik dengan Pakatan Harapan sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Tahir berkata, PPBM perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada Pakatan Harapan bagi menghormati perjanjian yang dimeterai antara Pakatan Harapan dan PPBM tersebut.

“PAN mengambil maklum laporan media berhubung pertemuan PPBM dan PAS yang telah berlangsung semalam.

” PAN secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum ini.

“PAN mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai melalui pertemuan PAS itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengumumkan kerjasama politik antara PAS dan PPBM yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau mengadakan perbincangan dengan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.

Pengumuman itu bagaimanapun mengelirukan ramai pihak terutama penyokong PAS kerana umum mengetahui PPBM merupakan sekutu politik kepada musuh politik PAS iaitu DAP dan PAN.

Kerjasama itu secara tidak langsung bermakna PAS kembali berkait dengan DAP yang pernah dilabelkan PAS sebagai anti-Islam manakala PAN dianggap sebagai pengkhianat Islam.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS untuk menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan selepas PAS disingkirkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada pakatan dua tahun lalu.

PAS diketepikan kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap boleh mengundang beban politik kepada DAP dan PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd