SUSULAN pendedahan Nurul Hidayu yang mendakwa suaminya menjalinkan hubungan seks dengan seorang gadis pelajar sekolah berusia 15 tahun di atas katil kelamin mereka, beberapa netizen menuntut pihak polis menyiasat kesahihan perkara itu.
Ini kerana menurut undang-undang di Malaysia, sekiranya benar hubungan seks itu terjadi walaupun atas keizinan, ia automatik kesalahan merogol kerana gadis itu di bawah umur.
Dalam terma perundangan ia disebut sebagai rogol statutori.
Seseorang individu itu akan didakwa rogol statutori jika melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah usia 16 tahun.
Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, contohnya seperti gadis itu rela melakukan persetubuhan, namun jika didapati dia berada di bawah umur ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.
Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur.
Menurut peruntukan ini, kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan disebabkan itu sekali pun dia mengaku rela terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh mahkamah.
Jenayah rogol statutori termaktub dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Jika betullah berlaku persetubuhan seperti mana yang didakwa si isteri, berkemungkinan besar lelaki itu boleh disabitkan dengan kesalahan merogol budak bawah umur.
Baca: “Kau Main Dia Atas Katil Kita” – Isteri Kecewa
Namun, menerusi perbualan telefon dengan Mynewshub semalam, Mohamad Kasiren menafikan tuduhan isterinya malah telah membuat laporan polis di atas penyebaran gambarnya dan teman wanita oleh isterinya menerusi laman Facebook.
Laporan itu sepatutnya membuka ruang kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes berkenaan sehinga ke aspek apakah berlaku jenayah rogol.
Juga: Suami Nafi Seks Budak Form 3, Dakwa Isterinya Derhaka
Rata-rata netizen juga mahu pihak berkuasa menyiasat kes itu.
Yatt Razak menulis komen, “Kalau dah dituduh oleh isteri berzina dengan budak 15 tahun, then si suami buat report, patut mak budak 15 tahun tu pun boleh je pergi hospital check anak dia tu virgin lagi atau tidak.”
“Kalau dah tak virgin, of course orang akan cari si suami orang tu.. Faham-fahamlah apa hukumannya dengan budak bawah umur kan,” tulis netizen yang prihatin itu.
Sementara itu, Emma Azra pula meluahkan pendapatnya sendiri berhubung permasalahan melibatkan pasangan tersebut, “Dah la rumah tangga tunggang langgang, boleh pulak cari anak orang umur 15 tahun untuk geli-geli. Budak tu masih belajar, baru nak ambil PT3, rosak-rosak. Nauzubillahminzalik!”
“Kau bercinta dengan budak bawah umur bodoh!! Aku memang gelakkan ko kalu terbabit kesalahan akta bawah umur ni.. Sebat best, sabun jangan kutip, kat penjara ko akan dibenci selama-lamanya,” tulis Khairul Aiman Hashim. – MYNEWSHUB.CC




