• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Tak Kecil Hati Jadi Bahan Lawak MLM 2017

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Neelofa tidak berkecil hati apabila ada antara peserta program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) menjadikan kisah cintanya dengan aktor Fattah Amin sebagai bahan lawak.

Neelofa sebaliknya berkata, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan dan tidak mengambil serius dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya atau pun Fattah.

“Saya tak terasa pun apabila ada yang cuba menjadikan saya dan Fattah sebagai bahan jenaka mereka.

“Selain sudah biasa dengan situasi itu saya juga tidak mengambil serius terhadap apa yang diperkatakan,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta jam tangan jenama Titan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Neelofa lega peminat mula memahami situasinya selepas secara terbuka memberitahu berasa tertekan sering menerima kritikan di laman sosial berhubung hubungannya dengan Fattah yang mendapat perhatian meluas.

Neelofa Tak Kecil Hati Jadi Bahan Lawak MLM 2017
Neelofa tidak ambil hati hubungannya dengan Fattah Amin dijadikan bahan jenaka. – Foto KAMARUL ARIFFIN

Neelofa berkata, sejak luahannya itu dia melihat banyak perubahan malah banyak menerima kata-kata semangat daripada peminat di laman sosialnya.

“Alhamdulillah sejak saya meluahkan apa yang terbuku di hati nampak banyak perubahan.

“Pengikut di laman sosial dan peminat mula memberikan kata-kata positif dan saya terharu kerana mereka sebenarnya mengambil berat terhadap diri saya.

“Saya hargai semua perkara yang mereka lakukan untuk saya dan saya juga sentiasa mengambil berat terhadap peminat saya,” katanya.

Neelofa sebelum ini merayu agar diberikan ruang kerana sering menerima kritikan hebat di laman sosial disebabkan hubungannya dengan Fattah.

Malah kata Neelofa, hentaman dan kritikan diterimanya sedikit sebanyak menghancurkan hatinya sebagai seorang manusia biasa.

Bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta Titan, Neelofa berkata, dia tertarik bukan sahaja kerana ia adalah antara jenama terkenal di dunia malah akan diberi peluang untuk mereka jam tangan bawah label itu pada masa hadapan.

Neelofa Tak Kecil Hati Jadi Bahan Lawak MLM 2017
Neelofa menunjukkan contoh jam tangan Titan.

“Saya tidak melihat pelantikan saya hanya sebagai duta tetapi pelbagai benda yang boleh kami lakukan malah saya akan diberi peluang untuk mereka jam tangan pada masa hadapan.

“Saya juga ada perniagaan sendiri dan Insya-Allah mana tahu kami dapat sama-sama berkolaborasi bersama Naelofar Hijab,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Unit Perniagaan Bahagian Antarabangsa Titan, Vijesh Rajan pula memberitahu Neelofa merupakanh duta produk berhijab pertama yang pernah dilantik mewakili produk berkenaan.

Jelas Vijesh, personaliti Neelofa yang mempunyai penampilan tersendiri membuatkan mereka tertarik melantiknya sebagai duta jam tangan itu.

“Ini merupakan kali pertama kami melantik selebriti untuk mewakili Titan di Malaysia dan soal hijab ia adalah sebahagian daripada imej dirinya. Itu keistimewaan Neelofa.

“Dia mempunyai pengikut tersendiri dan personalitinya membuatkan kami tertarik.

“Neelofa akan terlibat dalam kempen kami secara digital malah peminat boleh menantikan koleksi pilihan istimewanya seperti Raga, Edge, Neo dan Purple tidak lama lagi,” jelasnya. – mStar Online

Tags: Neelofapelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd