• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Nafi Keluar Pekeliling Gula-Gula Dadah

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan menafikan pernah mengeluarkan pekeliling pemberitahuan mengenai penjualan gula-gula dadah berlaku di sekolah di negara ini, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata sehingga hari ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan berkaitan penjualan gula-gula dadah berperisa strawberi di mana-mana sekolah.

“Tidak betul dan itu adalah palsu…kementerian tidak pernah keluarkan surat pekeliling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat kebangsaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said di sini, Isnin.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hasim Rusdi.

Dadah jenis baharu dikenali sebagai ‘strawberry quick’ yang berbentuk kristal dan berbau strawberi kononnya mula menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran penjualannya dan perkara itu menular di media sosial.

Mengulas lanjut, Chong berkata bilangan murid yang terjebak dengan dadah merekodkan penurunan iaitu 1,732 orang pada tahun lepas berbanding 1,938 orang pada 2015.

“Kementerian melalui Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut dan ujian air kencing secara berkala khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi.

“Kita sentiasa memantau percubaan (penggunaan) dadah dalam kalangan murid sekolah dan keadaan itu pada masa ini terkawal,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedang meneliti kegiatan buli terbaharu iaitu buli siber dan mengkaji tindakan yang boleh diambil terhadap pelakunya.

“Kita menerima aduan tentang ini (buli siber) yang mana pelajar-pelajar dibuli menerusi komen-komen dalam sosial media seperti Facebook, ataupun penghantaran mesej-mesej bersifat membuli, ini kita sedang teliti dan selepas kita lihat aspek perundangan, kita akan wujudkan kategori baharu iaitu buli siber bagi membanteras kegiatan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahgula-gulaKementerian Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd