• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUSA Sokong TMJ Sebagai Presiden FAM

oleh AK-47
07/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menyokong penuh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata MUSA akan terus menjadi penyokong utama hasrat Tunku Ismail dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak tanah air.

“Saya sendiri menjadi yang terawal mencetuskan idea dan mencadangkan kepada Tunku Ismail untuk mengisi kekosongan kerusi Presiden FAM.

“Secara peribadi saya amat berbesar hati apabila cadangan saya disambut baik apabila baginda mengumumkan berkenan untuk bertanding pada kongres pemilihan persatuan itu pada Mac akan datang,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Selain Tunku Ismail, tiga nama lain yang dicalon untuk jawatan Presiden FAM itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.

Kongres FAM akan diadakan pada 25 Mac dan senarai akhir calon akan dibentangkan kepada Exco FAM pada 20 Februari bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepimpinan untuk penggal 2017-2021. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd