• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Undur: Khabar Angin Bermotif Politik

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyifatkan dakwaan ada menteri kanan akan meletak jawatan sebagai khabar angin untuk meresahkan rakyat.

Katanya dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu juga tidak berasas dan hanya bermotifkan politik, bertujuan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat kepada kerajaan.

“Tidak perlu kita terpengaruh atau memanjangkan lagi hal ini…yang sebenarnya tidak ada sebarang peletakan jawatan dan ini telah disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau sendiri malam tadi,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status menerusi Twitter yang mengatakan seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan.

Terdahulu, Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis menyampaikan sumbangan persekolahan sesi 2017 bagi kawasan Parlimen Arau dan Kangar di Dewan 2020, di sini hari ini.

Pada majlis anjuran Yayasan Taqwa dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu, 705 murid dari 70 buah sekolah rendah menerima bantuan berjumlah RM105,750. – BERNAMA

Tags: khabar anginMenteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd