• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemukan Dalam Tong Sampah

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tong sampah di blok L Apartmen Permata, Bandar Perda di sini hari ini.

Mayat bayi lelaki itu ditemui pekerja penyelenggaraan, Mahmud Manaf, 80, yang sedang mencari botol plastik untuk dikitar semula di kawasan itu kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Mahmud berkata beliau sedang mencari botol plastik sebelum ternampak plastik hitam berisi benda berat dan mencurigakan sebelum bertindak memeriksanya untuk melihat apa yang terdapat di dalamnya.

“Waktu itu saya sendirian dan ketika membuka plastik saya ternampak balutan kain batik sebelum memegang bawah kain berkenaan.

“Tangan saya merasa sesuatu seperti kepala manusia sebelum saya terus memanggil rakan bagi membuka melihat apa yang ada di dalam bungkusan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

Mahmud berkata sebaik membuka kain batik itu, mereka ternampak mayat bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat dalam bungkusan surat khabar yang diikat dengan seutas tali sebelum menghubungi polis.

Katanya bayi itu dipercayai baru dilahirkan hari ini kerana keadaan mayatnya masih lagi panas ketika ditemukan dalam tong sampah tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata bayi itu dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di situ.

Katanya polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertututp (CCTV) yang terdapat di kawasan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd