IPOH – Keadaan banjir di Perak menunjukkan perubahan positif pagi ini apabila hanya 200 mangsa masih berada di dua pusat pemindahan sementara pagi ini berbanding 215 orang malam tadi.
Menurut info Portal Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, 187 orang daripada 52 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Daerah Manjung manakala 15 orang daripada lima keluarga dari pusat pemindahan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.
Namun, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di Surau Padang Serai dalam Daerah Larut Matang dan Selama masih kekal.
Banjir di kedua-dua kawasan itu dikenali sebagai ‘banjir termenung’ disebabkan air yang bertakung sejak hampir dua minggu lalu tidak dapat mengalir ke sungai atau laut. – BERNAMA

