• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Ke Piala Dunia Jika TMJ Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) yakin pasukan Malaysia akan layak ke Piala Dunia jika Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu boleh dilihat berdasarkan prestasi cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipimpin oleh Tunku Ismail.

“Saya merasa sangat yakin bahawa TMJ sewajarnya diberikan peluang untuk menerajui FAM. Pilihan saya ini bukan berasaskan saya adalah anak bangsa Johor tetapi melihat TMJ mempunyai ‘track record’ yang boleh dibanggakan.

“Saya telah melihat kewibawaan TMJ dalam memancu bola sepak JDT ke tahap ‘world class’ satu hari nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain TMJ, tiga lagi nama dicalonkan menjadi Presiden FAM ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.

Senarai akhir calon akan dibentang kepada Exco FAM pada 20 Februari ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres itu sekali gus memilih barisan kepemimpinan baharu untuk penggal 2017-2021.

Setakat ini, Annuar masih merupakan calon tunggal untuk merebut jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021 setelah menerima borang pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Isnin lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMPANTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd