• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Warga India Didakwa Edar Dadah

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang warga India dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar tiga kilogram heroin dan 3.4 kilogram methamphetamine pada 9 Feb lepas.

Dhastagir Mohamed Mohideen, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di pusat pemeriksaan bagasi di balai pelepasan domestik Lapangan Terbang Labuan pada kira-kira 10.50 pagi pada tarikh itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 April bagi sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, Dhastagir dari Mumbai, India telah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum mengambil penerbangan domestik ke Labuan dan mahu berlepas semula ke KLIA pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, dia ditahan selepas begnya didapati mengandungi dadah itu semasa diperiksa.

Tertuduh dihantar ke Penjara Kepayan sementara menunggu prosiding seterusnya bagi kes itu. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd