• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Paksa Isteri Dan Anak Mengemis Ditahan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berumur 36 tahun ditahan polis hari ini selepas isterinya membuat laporan dengan mendakwa dia dan anaknya dipukul selain dipaksa mengemis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata isterinya yang berusia 29 tahun mendakwa pada 29 Januari lalu dia telah dipukul di bahagian muka oleh suaminya di Stesen Bas Taman Ria manakala tiga anak mereka turut dikasari.

“Mangsa juga turut dipukul selepas itu di Hospital Sultan Abdul Halim kerana dikatakan gagal meminta sedekah daripada orang ramai.

“Pada 2 Februari lalu, suami mangsa membawa seorang anak mereka untuk mengemis di hadapan sebuah bank di pekan baru Sungai Petani sebelum diselamatkan sekumpulan anggota badan bukan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Md Zukir berkata siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan penganggur dan mempunyai lima orang anak bersama mangsa.

Katanya suspek dipercayai memukul mangsa apabila tidak berpuas hati hanya mendapat sejumlah kecil wang derma selain mendakwa isterinya itu curang.

“Tangkapan terhadap suspek sudah dibuat pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2001,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditahanisterimengemis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd