• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 46,000 Calon UPKK Dapat 8A, Naik 4%

oleh
15/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 46, 461 daripada 194,258 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 memperolehi semua A (cemerlang) bagi lapan mata pelajaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di sini berkata, jumlah calon yang memperoleh 8A itu meningkat empat peratus berbanding 2015 iaitu seramai 37,271 murid.

“Seramai 22,572 calon memperoleh 7A manakala 21,774 calon lagi mendapat 6A. Pelaksanaan UPKK untuk murid tahun lima kelas KAFA membabitkan lapan mata pelajaran diduduki.

“Tiada calon mendapat semua D (lulus tidak mencapai tahap minimum) bagi semua mata pelajaran tahun ini,” katanya pada sidang media pengumuman UPKK 2016 di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Jamil Khir seterusnya berkata, pencapaian secara keseluruhan UPKK 2016 mencatatkan kelulusan 100 peratus untuk tahun ketiga berturut-turut sejak 2014.

“Daripada itu, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang al-Quran dengan 99.6 peratus lulus.

“Pencapaian ini sekali gus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” kata Jamil Khir lagi.

Sebanyak 197,623 calon mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.

Semakan keputusan UPKK boleh dibuat melalui dalam talian http://semakan.islam.gov.my atau SMS ke 15888 bermula 11 pagi hari ini hingga 11 pagi 21 Februari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: KAFAUPKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cara Kejam Maklumkan Kematian Bapa, TV Dikecam

Next Post

Kecoh, Wanita Lahirkan Anak Kambing

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

19,266 Calon UPKK 2022 Raih 8A

09/03/2023
0

PUTRAJAYA: Seramai 19,266 daripada 234,931 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam...

Next Post

Kecoh, Wanita Lahirkan Anak Kambing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd