BAGI generasi muda pada hari ini, mungkin mereka sendiri jarang dengar Malaysia pernah dilawati oleh Raja Arab Saudi malah ada yang menganggap mana mungkin baginda sudi melawat negara ini.
Apatah lagi sepanjang dua tahun lalu, pembangkang ‘hebat’ tohmah jahat pemimpin negara kita konon terpaksa buat cerita fantasi Raja Arab Saudi pernah sumbang dana rahsia lebih RM2 bilion bagi bantu kerajaan Malaysia.
Meskipun diberi pencerahan termasuk pengesahan daripada ‘mulut’ Menteri Luar Arab Saudi sendiri, Adel Ahmed al-Jubeir, pembangkang tetap enggan percaya kerana bagi mereka, hanya orang jahil sanggup berbuat demikian!
Pemimpin pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahkan dengan biadap tergamak menggelarkan Raja Salman al-Saud sebagai ‘Tok Arab bodoh gila’ hanya kerana isu tersebut dan sehingga kini tidak pernah memohon maaf.
Hakikatnya, pembangkang malu besar apabila kebetulan sebaik isu itu disensasikan mereka dengan bantuan media antarabangsa pro-Zionis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan rasmi ke sana.
Beliau disambut meriah oleh raja ketujuh negara terbesar rantau Asia Barat itu dalam lawatan selama empat hari, malah sempat lagi menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci di sebalik sibuk jadual padat program rasmi tersebut.
Baca: Tun M Jadi Bodoh Hina Tok Arab Bodoh Derma RM2 Bilion
Secara logik, tidak mungkin beliau berani ‘tunjuk muka’ menghadap Penjaga 2 Kota Suci Umat Islam atau disebut al-Haramain itu di istana semayam baginda bahkan boleh lagi ceria jika cerita dana mega itu sah adalah rekaan.
Bukan itu sahaja, Malaysia diberi kepercayaan oleh Arab Saudi untuk mengurus sistem kereta api canggih Arafah-Mina yang beroperasi 24 jam tanpa henti sepanjang tujuh hari ketika musim ibadah fardu haji sejak sekian lama.
Hubungan erat itu kali ini memasuki dimensi baharu apabila Raja Salman pula berkenan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari bermula 26 Februari ini, iaitu ketiga dalam sejarah diplomatik Malaysia-Arab Saudi sejak 1961.
Ia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Kali terakhir Raja Arab Saudi datang ke Malaysia ialah pada 2006 lalu menerusi almarhum Raja Abdullah Abdulaziz al-Saud juga untuk lawatan selama tiga hari.
Pemerintah keenam itu membawa bersama 300 anggota delegasi. Sebelum itu, almarhum Raja Faisal melawat pada 1970 sebagai penghargaan inisiatif Malaysia susulan pembakaran Masjidil Aqsa di Palestin oleh pendatang Yahudi.
Insiden berdarah itu menyaksikan pembentukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpusat di Jeddah pada 1969 dengan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dilantik menjadi Setiausaha Agungnya.
Baca: Dana RM2 bilion – Tiba-tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi
Itu cerita lama namun kini, Raja Salman, yang ditabalkan sejak 2015; menjadi perhatian dunia selepas baginda dilaporkan bakal membawa bersama-sama 1,500 anggota rombongannya untuk lawatan rasmi ke Indonesia.
Di sebalik ketidaktentuan harga minyak global menyaksikan pemotongan besar bajet Arab Saudi sebagai langkah jimat-cermat, Raja Salman masih ‘murah hati’ membawa pelaburan AS$25 bilion (RM111 bilion) ke Indonesia.
Secara jujur, bukan mudah Raja Arab Saudi ‘membuang masa’ melawat sesebuah negara yang entah apa-apa kecuali negara yang bakal dilawatinya itu memiliki kepentingan strategik dua hala dan nilai jalinan diplomatik akrab.
Ketika Singapura hanya mampu ‘gigit jari’ apabila dikunjungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini tanpa apa-apa kemasukan pelaburan, Indonesia pula ‘senyum’ sambut meriah kedatangan Raja Salman.
Malaysia sebagai destinasi yang berikutnya turut berbesar hati menerima lawatan julung kali baginda, sekali gus membuktikan hubungan mesra Putrajaya-Riyadh di sebalik pelbagai tohmahan liar oleh pihak tertentu selama ini.
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum untuk Raja Salman dan semoga kehadiran sulung baginda itu bakal membuka lembaran baharu jalinan Malaysia-Arab Saudi kepada tahap yang lebih gemilang. – Mynewshub.cc/HAA