Tun M Jadi Bodoh Hina Tok Arab Bodoh Derma RM2 Bilion

BUAT julung kali dalam sejarah tanah air, tentera siber propembangkang ‘senyap’ melaporkan berita lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi selama empat hari sejak 29 Februari lalu.

Malah ramai netizen antikerajaan dilaporkan tidak tahu-menahu mengenai berita lawatan itu dan jika tahu pun, ia cuba dielak daripada ‘dihebah’ dengan memperbesarkan cerita negatif lain demi memburukkan lagi imej Najib.

Bagaikan dirancang, negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah maklum lebih awal mengenai lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sengaja menjadikan tarikh lompat 29 Februari untuk umum beliau keluar UMNO.

Macam skrip filem Tamil, kejutan Mahathir itu jadi bahan sensasi media propembangkang namun aneh, alasan Mahathir keluar UMNO kerana isu derma RM2.6 bilion daripada almarhum Raja Arab Saudi kurang dihebohkan.

Bagi yang peka dengan isu semasa, langkah jentera maya pembangkang ini untuk alih perhatian rakyat yang pasti ‘terkejut’ bagaimana Najib boleh ke Arab Saudi jika benar derma RM2.6 bilion itu bukan daripada negara tersebut.

Selama ini penyokong totok pembangkang sudah ditanam dalam minda mereka bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib, bukannya diberi oleh allahyarham Raja Abdullah tetapi konon diseleweng daripada akaun 1MDB.

Begitulah kebencian mereka kepada Najib sehinggakan apabila Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengesahkan dana itu memang daripada pemerintah Arab Saudi, mereka enggan percaya dan anggap itu sandiwara kerajaan.

Secara logik, jika betul teori konspirasi itu, mana mungkin Najib sanggup lawat Arab Saudi menghadap pengganti almarhum iaitu kakandanya Raja Salman Abdulaziz selain padat sibuk menghadiri banyak program rasmi di sana.

Untuk rekod kerajaan Arab Saudi hingga kini tidak pernah nafi sejak sidang akhbar oleh Apandi pada 26 Januari lalu mengakui kerabat diraja Arab Saudi ialah penyumbang dana AS$681 juta atau RM2.08 bilion kepada Najib.

Malah mereka berpuas hati wang itu yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 diberi tanpa apa-apa balasan, waima dipulangkan semula dengan hanya sedikit diguna pakai.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mereka turut mengesahkan sudah menemui sendiri dan merakam percakapan saksi iaitu wakil pemberi sumbangan tersebut terus di Arab Saudi.

Apakah Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur atau Kementerian Luar Arab Saudi di Riyadh ada buat apa-apa kenyataan rasmi bagi menafikan pengumuman Peguam Negara? Jawabnya memang tidak ada langsung pun!

Semua orang tahu hal ehwal melibatkan keluarga diraja Arab Saudi cukup sensitif. Apa lagi hubungan Malaysia-Arab Saudi cukup akrab dan bukan isu ‘main-main’ boleh sebut nama kerabat negara kaya di Teluk Parsi itu.

Lagi tidak masuk akal langsung kalau Peguam Negara dikatakan sengaja berbohong seperti yang masih cuba diputar belit oleh jentera siber pembangkang konon hendak ‘mandikan’ Najib dengan isu dana RM2.6 billion.

najib-saudi

Macam-macam usaha jahat di dalam dan luar negara termasuk media antarabangsa yang diketahui pro-Zionis cuba dibuat untuk cetus keraguan rakyat mengenai sumbangan rahsia keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib.

Mereka terus hasut rakyat dengan mempersoalkan mana mungkin kerabat diraja Arab Saudi ‘senang-senang’ bagi wang sebanyak itu tetapi jadi senyap apabila Perdana Menteri ada lawatan kerja ke Arab Saudi sehingga 3 Mac.

Bayangkan jika Peguam Negara berbohong kepada satu dunia, apakah Najib berani ‘jejak kaki’ ke Arab Saudi, bukan sehari tetapi empat hari dan siap ada umrah lagi. Sekali imbas kita tahu memang tidak logik langsung.

Mengikut kenyataan Wisma Putra di Putrajaya, semasa lawatan itu, Najib menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Naif Al-Saud dan Timbalan Ketua Mahkota Mohammed Salman Al-Saud.

Kenyataan Kementerian Luar itu menyebut bahawa Perdana Menteri juga mengunjungi anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang ketika ini dalam latihan bersama dan mereka berpangkalan di Hafar Al-Batin.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Sehingga kini, Mahathir langsung tidak beri apa-apa komen mengenai lawatan Najib itu kerana bimbang ia boleh menyerlahkan lagi temberang negarawan tersebut yang ‘cemburu’ lihat Raja Arab Saudi bantu Perdana Menteri.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana Mahathir ‘menempelak’ Raja Arab Saudi sebagai bodoh kerana derma duit mewah tersebut kepada Najib walhal selama 22 tahun pemerintahan Mahathir pun susah dapat dana semacam itu.

Ramai ketawa dengar hujah Mahathir dalam majlis ceramah khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 lalu itu kerana terpedaya dengan aura beliau tanpa sedar Mahathir sebenarnya memperbodohkan dirinya sendiri!

Tanpa rasa bersalah, Mahathir terlupa beritahu kepada hadirin bagaimana ramai rakyat Malaysia dilarang masuk Arab Saudi kerana dikenakan perintah persona non-grata akibat kes menghina dan memfitnah Raja Arab Saudi.

Ini termasuk setiausaha beliau sendiri dan dekri itu membuktikan kedaulatan pemerintahan Arab Saudi yang sering diserang hebat oleh musuh-musuh Islam khasnya ejen Zionis tetapi dalam ‘wajah’ sebagai orang Islam.

Hakikatnya, Mahathir berjaya ‘ajar’ rakyat Malaysia memperbodohkan Raja Arab Saudi hanya kerana dendam kepada Najib sedangkan lawatan Najib ke Arab Saudi cuba disorok beliau dek bimbang dirinya dianggap bodoh!

Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dana RM2 Bilion – Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Saudi

Juga: Istana Saudi Sah Derma Kepada Najib Tun Razak

Lagi: Tun M Kisah Derma Gila Tok Arab Bodoh Kedekut

Dan: Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi