• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Raja Saudi Ke Malaysia Bakal Beri Impak Besar

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tidak lama lagi akan memberi impak besar dan membuka pelbagai peluang untuk rakyat Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Lawatan Raja Arab Saudi itu adalah antara perkara yang dibincangkan Abdul Rahman dalam pertemuannya dengan Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Asli Arab Saudi, Khalid A. Al-Falih di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

“Perancangan rapi bersama Kementerian Luar Negeri sedang dilakukan bagi memastikan lawatan yang akan diadakan nanti berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahman berada di Riyadh bagi menghadiri persidangan International Energy Agency, International Energy Forum & Organization of the Petroleum Exporting Countries Symposium ke-7 yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin dunia dan pakar-pakar dalam bidang tenaga, minyak dan gas. .

Abdul Rahman berkata pertemuannya dengan Khalid A. Al-Falih adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala, perdagangan dan perancangan ekonomi kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman DahlanRaja Arab Saudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Jangan Kutuk Lawatan PM 8 Ke Arab Saudi – Najib

10/03/2021
0

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu merupakan rakan baik kepada Malaysia (sebelum hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd