Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Koh Tsu Koon, Teng...

GEORGE TOWN - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu...

Bot Karam: Operasi SAR...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot panjang karam...

Hajat Azrel Berlakon Dengan...

PELAKON Azrel Ismail tidak menyangka impiannya untuk berlakon di samping Remy Ishak tercapai...

Hanya Kerana Berbaju Kurung,...

Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa,...

Kumpulan Duo Azhael Berpisah, Cari Anggota Baharu

KUMPULAN duo, Azhael yang dianggotai oleh Mohd. Azhar Osman (Azhar) dan Hal Husaini Razmi (Hael) yang dicungkil menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia 10 (AF10) mengumumkan pembubaran kumpulan itu berikutan Hael yang ingin bergerak solo.

“Dia dah buat keputusan jadi biarlah, saya tak mahu jadi penghalang kerjaya dia lagipun saya tahu ramai peminat di Instagramnya yang minta Hael untuk nyanyi solo,” ujar Azhar kepada portal Astro Gempak.

Tambah Azhar lagi, dia menghormati keputusan Hael dan merancang untuk mencari pasangan baharu untuk menggantikan tempat Hael.

Kumpulan Duo Azhael Berpisah, Cari Anggota Baharu
Azhar
Kumpulan Duo Azhael Berpisah, Cari Anggota Baharu
Hael

Pun begitu, individu baharu itu mestilah seorang yang mempunyai kekuatan vokal yang bagus dan dapat diharmonikan dengan suaranya.

“Memandangkankan jiwa saya lebih kepada vokal berkumpulan, selepas ini saya akan mencari ahli baru bagi menggantikan Hael.

“Kalau boleh saya mahukan berkumpulan yang vokalnya boleh diharmonikan dengan vokal saya.

“Saya juga mahu cari pasangan baru yang lebih setia,” jelasnya.

Meskipun pahit untuk menerima kenyataan bahawa kumpulan yang ditubuhkan bersama sejak 2013 itu terkubur separuh jalan, namun Azhar tetap mendoakan kejayaan buat bekas pasangannya itu.

Malah dia juga yakin dengan kemantapan vokal yang dimiliki oleh Hael mampu membawanya ke tahap yang diimpikan di dalam industri seni tanah air.


“Tipulah kalau kata tak sedih, sedikit sebanyak terasa juga, kalau kira Azhael masih lagi baru nak bertapak dalam industri.

“Banyak lagi kejayaan yang belum kami kecapi menerusi nama Azhael itu sendiri, tapi keputusan telah dibuat dan saya hormatinya.

“Saya pun tak mahu jadi penghalang dan saya doakan dia berjaya lagipun Hael memang seorang yang berbakat,” jelasnya.

Antara lagu-lagu kumpulan ini yang popular adalah seperti, Mencinta, Hujung Waktu, Terima Kasih Kekasih dan Hentian Terakhir.

Sumber: Astro Gempak

Kategori