• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azhar Tidak Cemburu Kejayaan Hael Husaini

oleh Haris
20/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kejayaan mendadak Hael Husaini dalam industri seni suara negara, terdapat cakap-cakap daripada netizen bahawa bekas pasangan duonya dalam kumpulan Azhael, Azhar Osman bermasam muka dan iri hati dengan kejayaan Hael.

Bagaimanapun Azhar, menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir netizen yang berpendapat begitu supaya menghentikan spekulasi yang kononnya hubungan dia dan Hael tidak baik.

Kata Azhar, meskipun haluan mereka kini berbeza, hubungan dia dan Hael tidak pernah mempunyai sebarang masalah malah mereka berdua masih berhubung sehingga kini.

Jelas Azhar, dia sendiri sudah lama sedar tentang prospek Hael sebagai penyanyi solo sejak dahulu lagi.

“Sejak bersama sebagai Azhael, saya pernah cakap dengan Hael bahawa potensi membawa diri sebagai solo sangat cerah. Dia terbukti berjaya merealisasikannya sekarang dan saya tumpang gembira.

“Macam mana timbul isu cemburu atau iri hati itu saya pun tidak tahu kerana selama ini saya memang sentiasa menyokong dia. Kami pun kerap bermesej memberikan kata semangat,” katanya memetik portal Harian Metro.

Jelasnya, perkara ini tidak dapat dilihat sendiri oleh orang luar yang menganggap mereka berdua bermasam muka kerana tidak selalu berkongsi gambar di media sosial.

“Tapi biasalah sesetengah orang suka bercakap mengenai apa yang mereka nampak saja.

“Mereka tidak tahu cerita sebenar terjadi dan tak perlu rasanya kami nak canang-canang di sosial media bahawa kami masih baik,” ujarnya.

Keika ditanya, Azhar juga tidak menolak untuk bekerjasama bersama Hael di masa hadapan serta bersedia menyanyikan lagu ciptaan penyanyi serta komposer meningkat naik itu jika diberi peluang.

Menurutnya, ketika masih bersama Azhael, dia pernah mendorong Hael untuk menggubah lagu untuk Azhael selepas melihat potensi besar yang dimilki rakannya itu.

“Sejak Azhael lagi saya sudah tahu kebolehan Hael membuat lagu sangat baik. Bahkan saya menyarankan dia membuat lagu untuk kami ketika itu cumanya dia kurang keyakinan lagi.

“Siapa tidak mahu nyanyi lagu ciptaan dia? Bagaimanapun saya kena betul-betul fahami genre terbaik untuk saya terlebih dulu dan mungkin selepas itu barulah boleh berbincang mengenainya,” katanya.

Azhar ditemui ketika menghadiri majlis perkahwinan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan pasangannya Shakilla Khoriri pada Ahad.

Terdahulu, Azhar dan Hael menggamatkan majlis perkahwinan tersebut dengan menyanyikan lagu hit Azhael berjudul Hujung Waktu untuk para tetamu.

Persembahan tersebut yang dimuat naik oleh Hael sendiri di laman Instagramnya nyata menggamit memori peminat Azhael yang rindu akan gabungan suara mereka berdua.

Azhael dilahirkan daripada program AF 2013 terbitan Astro dan mula membawa haluan masing-masing tahun lalu apabila Hael mengumumkan untuk berundur daripada duo tersebut dan ingin bergerak solo. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AzhaelazharHael Husaini
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Akan Bantu Firma Keselamatan Pertingkat R&D

Next Post

Rebecca Nur Islam ‘Perang Besar’ Dengan Eina Azman?

Related Posts

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

04/02/2019
0

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung...

Jadikan Faizal Sebagai Sifu, Hael Ada Cara Sendiri

27/05/2018
0

SEBAGAI komposer baharu yang sedang meniti populariti, Hael Husaini akui bahawa dia cuba untuk ikut formula yang digunakan oleh penyanyi...

Next Post

Rebecca Nur Islam 'Perang Besar' Dengan Eina Azman?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd