• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Tentang RUU 355, Bertentangan Perlembagaan

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan menyokong apa juga rang undang-undang (RUU) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan termasuk RUU 355.

Katanya pendirian beliau itu berdasarkan kedudukannya selaku anggota parlimen yang sebelum ini bersumpah mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa juga yang dibawa ke Dewan Rakyat, selagi saya masih anggotanya, jika perkara itu bertentangan dengan perlembagaan, saya tidak akan menyokongnya kerana saya sudah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan.. bukan rang undang-undang ini (RUU 355) sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

RUU 355 merujuk kepada RUU persendirian yang diusul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lalu.

Tengku Razaleigh yang sebelum itu hadir pada forum bertajuk ‘Sejauh Mana Anda Memahami Hudud’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, ditanya mengenai pendiriannya berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu, berkata forum tersebut menjadi medium bagi mengumpulkan pandangan orang ramai untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan berhubung RUU tersebut. – BERNAMA

Tags: RUU 355Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Mahu Lelaki Ini Disiasat Rogol Bawah Umur

Next Post

DAP Menyimpang Daripada Perjuangan Asal, Kata ADUN

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

Next Post

DAP Menyimpang Daripada Perjuangan Asal, Kata ADUN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd