• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Menyimpang Daripada Perjuangan Asal, Kata ADUN

oleh
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota dewan undangan negeri (ADUN) Kesidang Chin Choong Seong mendakwa bahawa DAP sejak dua hingga tiga tahun lalu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.

Chin, yang keluar dari DAP hari ini berkata apa yang menariknya kepada DAP ialah perjuangan parti itu bagi konsep “Malaysian Malaysia” tetapi apa yang dilihatnya sekarang sama sekali adalah sebaliknya.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah dalam usaha untuk meraih sokongan orang Melayu, DAP menuruti apa yang MCA lakukan sekarang.

“Saya rasa ini adalah satu pendekatan yang berbahaya dalam usaha untuk menarik sokongan orang Melayu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Chin, ADUN lain yang keluar parti ialah Lim Jak Wong (Bachang) dan Goh Leong San (Duyong) serta anggota parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

Sim berkata, selepas mengkaji dan membuat pertimbangan sewajarnya, beliau telah hilang keyakinan dan sangat kecewa dengan kepimpinan DAP terutama Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam menangani isu-isu dalaman dan luaran parti.

“Saya tidak boleh menerima dan menyokong pendirian dan apa yang dikatakan haluan politik baharu yang diamalkan oleh DAP akhir-akhir ini. DAP telah melencong ke aliran dan haluan politik baharu,” kata Sim.

Lim berkata, keputusannya untuk keluar parti tidak dibuat secara tergesa-gesa dan mereka membuat keputusan bersama selepas pertimbangan yang teliti dan wajar.

“Saya percaya keputusan saya akan diadili oleh rakyat dan menimbulkan pelbagai reaksi dan saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak memahami apa yang kita rasa. Kita akan cuba untuk memahami mereka.

“Dahulu apabila orang mengkritik DAP, saya akan mempertahankan imej DAP. Tetapi sekarang, saya telah membuat keputusan ini tanpa diselubungi sebarang perasaan kepiluan,” katanya. – BERNAMA

Tags: adunDAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd