• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Guna Kamera Pantau Landasan Keretapi

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beralih kepada penggunaan teknologi moden dalam mempertingkatkan perkhidmatannya apabila terkini menggunakan kamera khas untuk memantau penyelenggaraan landasan keretapi.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata penggunaan sistem berteknologi tinggi pemantauan dan selenggara atau dikenali sebagai ‘Catenary Eye System’ iaitu sejenis kamera khas yang diletak di atas kenderaan penyelenggaraan boleh membantu segera KTMB mengenal pasti landasan yang bermasalah.

“Dengan teknologi ini, dalam tempoh sejam kita boleh memeriksa landasan sejauh 60 hingga 80 kilometer (km) berbanding hanya satu atau dua kilometer secara manual dalam satu malam,” katanya kepada pemberita pada majlis penerimaan sistem itu yang turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, di Stesen KTMB di sini hari ini.

Beliau berkata teknologi dari Jepun itu bernilai RM24.7 juta telah mula digunakan oleh KTMB sejak Januari lalu mampu memeriksa landasan keretapi dari Gemas sehingga Padang Besar dalam jangka masa yang singkat.

“KTMB juga merancang untuk menambah enam lagi unit daripada Catenary Eye System bagi meningkatkan penyelenggaraan dan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang melintasi landasan sejauh kira-kira 1,000 km,” katanya.

Sementara itu, Aziz berkata kerajaan akan membantu KTMB mempertingkatkan perkhidmatannya kepada rakyat melalui penggunaan teknologi serta peralatan yang lebih moden dan canggih.

Beliau berkata contohnya pengunaan sistem teknologi kamera itu yang buat pertama kalinya digunakan di negara ini dapat mengurangkan tempoh dan kos penyelenggaraan perkhidmatan keretapi.

Catenary Eye System adalah projek di bawah Program Kolabrasi Industri (ICP) atau program offset dengan kerjasama Meidensha-Meiden Malaysia Joint Venture Sdn Bhd (MMJV) yang diuruskan oleh Agensi Depositori Teknologi (TDA).

TDA merupakan entiti di bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat untuk mengawal selia program ICP, termasuk memastikan garis panduan pelaksanaanya dipatuhi oleh setiap syarikat. – BERNAMA

Tags: KTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd