Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

“Selamat Tinggal NTV7, Anda...

SHAH ALAM - Drama Spanar Jaya, animasi popular Jepun, Doraemon, Crayon Shin-chan termasuk...

Minta Ekstradisi Pembunuh Jamal

ISTANBUL – Turki meminta supaya 18 suspek yang terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal...

Polis Sedang Kesan Saksi...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu siasatan dan...

Manifesto BN: Enam Lembah...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan pembukaan enam lembah makanan baharu di...

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

SUSULAN isu tajaan kontroversi skuad The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa tampil sukarela ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keterangan.

Berikut adalah kronologi tentang bagaimana tercetusnya kes berprofil tinggi itu sehingga menyebabkan beliau sendiri akur disiasat oleh pihak SPRM selain digantung jawatannya secara mengejut ketika berada di New Zealand.

12 Januari 2017

8.50 pagi – Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi status di laman rasmi Johor Southern Tiger mendedahkan penyelewengan pernah dilakukan Annuar ketika menjadi Pengerusi Mara untuk taja pasukan bola sepak Kelantan.

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

13 Januari 2017

11.11 pagi – Annuar membalas semula kenyataan TMJ menerusi status di laman Facebooknya sambil menyindir bahawa skuad JDT pun ditaja oleh agensi tertentu atas ‘arahan’ langsung individu berpengaruh.

31 Januari 2017

– SPRM mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap Annuar manakala ahli lembaga pengarah Mara bertindak menggantung tugas beliau sebagai pengerusi secara mengejut.

– Annuar akur dilucut jawatan daripada Pengerusi Mara dan PMB serta-merta. Beliau ketika itu masih berada di New Zealand untuk program rasmi Mara dengan pelajar Malaysia.

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

1 Februari 2017

12.00 tengah hari – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang mengesahkan status kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia adalah tidak berubah.

– Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terkejut dengan penggantungan Annuar dan mendakwa beliau pun tidak dimaklumkan oleh pihak Mara sendiri.


10.28 malam – Annuar menerusi akaun rasmi Facebooknya berkongsi status bakal pulang ke tanah air malah sedia untuk disoal siasat oleh SPRM dan menyerahkan kepada agensi itu mengenai nasib dirinya.

2 Februari 2017

9.50 malam – Ketibaan Annuar dari New Zealand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang disambut ratusan penyokongnya yang sudah berkumpul lebih awal serta para media.

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

3 Februari 2017

8.00 pagi – Petugas media berkumpul di hadapan pintu ibu pejabat SPRM di Putrajaya menanti ketibaan Annuar.

9.00 pagi – Annuar akhirnya tiba di pekarangan pejabat SPRM menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam.

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

Kronologi Annuar Musa Disiasat SPRM Isu Tajaan TRW

9.15 pagi – 1.00 tengah hari – Annuar masuk ke dalam pejabat SPRM untuk meneruskan proses soal siasat daripada badan berwajib itu.

1.10 tengah hari – Sesi soal jawab terbuka Annuar bersama-sama dengan para media di perkarangan SPRM.

1.40 tengah hari – Annuar bergerak meninggalkan perkarangan pejabat SPRM untuk solat Jumaat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori