Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Long Tiger Dijel 12...

TANGKAK : Tindakan lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger melarikan diri dari...

PM Sertai Warga Kota...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin...

Ahli Parlimen Langkawi Mohon...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad memohon maaf diatas...

Senarai Tempat Awam Diwajibkan...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid,...

KPN Sah Suspek Wanita Bunuh Jong-Nam Ditahan

KUALA LUMPUR – Berita kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un mati dibunuh oleh ejen perisik asing menarik minat pelbagai agensi berita seluruh dunia sejak semalam.

Sekali lagi Malaysia diperhatikan dan menjadi tajuk berita antarabangsa apabila kali ini kisah pembunuhan ala filem James Bond menjadi tular. Seperti biasa, banyak spekulasi bertebaran di sana sini selain cerita angin sensasi.

Banyak laporan yang memetik sumber tidak dinamakan. Namun yang rasmi, kurang 24 jam daripada kejadian bunuh berprofil tinggi itu, polis menahan seorang wanita asing dan merupakan pemegang pasport Vietnam.

Suspek tersebut dicekup anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di Sepang, Selangor bagi membantu siasatan lanjut berhubung kematian Jong Nam yang mendapat liputan luas media dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi satu kenyataan media di sini hari ini memaklumkan bahawa wanita asing terbabit sudah ditahan oleh sepasukan polis juga di Klia2 pada kira-kira pukul 8.20 pagi Rabu.

“Dia dikesan hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Klia2 dan berseorangan semasa ditahan. Butir peribadinya ialah Doan Thi Huong, lahir pada 31 Mei 1988 di Nam Dinh,” katanya dalam satu kenyataan media.

2 Wanita Vietnam Bunuh Kim Jong-Nam

Sementara itu, ada media asing menyiarkan dakwaan bahawa dua wanita disyaki pembunuh Jong Nam didakwa sebagai ditemui telah mati, antaranya menurut laporan ketua biro stesen ABC News, Joohee Cho, di sini.


Wakil stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman berita agensi Kyodo News dari Jepun.

Berdasarkan visual CCTV yang disebarkan secara meluas oleh beberapa media antarabangsa, ia turut menunjukkan salah seorang pembunuh berada di lokasi kejadian di klia2 pada Isnin seperti sedang menunggu seseorang.

Dia yang mempunyai rambut panjang sehingga ke paras bahu dan tidak bercermin mata serta memakai skirt dengan baju berwarna cerah memaparkan perkataan ‘LOL’ di bahagian depan dirakamkan membawa satu beg tangan.

Sebelum ini, amalan lazim oleh ejen khas Korea Utara ialah mereka akan membunuh diri sendiri selepas berjaya menamatkan misi dan kaedah tersebut sudah pernah dilihat beberapa kali dalam beberapa kes sebelum ini.

Contohnya ialah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 selepas melakukan tugasan misi yang menyebabkan 115 penumpang maut, dia cuba membunuh diri tetapi gagal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori