• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Perlu Hargai Hubungan Dengan Malaysia

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Korea Utara perlu menghargai hubungannya dengan Malaysia dengan menghormati undang-undang dan kedaulatan negara ini, kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin pada Jumaat.

Beliau menyifatkan tindakan negara itu yang mempertikaikan siasatan pihak berkuasa Malaysia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam sebagai “melampaui batasan diplomasi yang boleh dikatakan pendirian yang sangat tidak sopan dan biadab terhadap kita.”

“Malaysia tidak pernah meminta untuk campur tangan dalam siasatan polis negara lain atau menghalang satu autopsi dibuat apabila berlaku jenayah di negara lain, walaupun melibatkan warganegara kita.

“Saya berharap kerajaan akan memantau dengan teliti keadaan tersebut dan sekiranya perlu, kita akan semak semula kedudukan diplomatik Malaysia dengan Korea Utara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Transformasi Nasional (TN50), Jumaat.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara KimJong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar 13 Tahun Dibuli Sampai ‘Bocor’ Kepala

Next Post

Polis Tumpas ‘Geng Tebuk’ Didalangi Warga Asing

Related Posts

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Korea Utara, Russia Bincang Pertingkat Kerjasama Ketenteraan

Korea Utara, Russia Bincang Pertingkat Kerjasama Ketenteraan

17/09/2023
0

SEOUL : Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu mengadakan perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan...

Next Post

Polis Tumpas 'Geng Tebuk' Didalangi Warga Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd