• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Cadang Siasat Bersama Kes Jong-nam

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Korea Utara hari ini mencadangkan penyiasatan bersama dengan Malaysia kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Duta republik itu di Malaysia, Kang Chol, berkata cadangan itu dibuat selepas “terlalu banyak persoalan dan percanggahan” yang timbul daripada penyiasatan yang sedang dijalankan terhadap kes kematian abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un itu.

“Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia,” katanya dalam sidang media di kedutaan itu di sini.

Menurutnya, Korea Utara sebagai negara asal mangsa, mempunyai hak untuk memohon hasil siasatan, khususnya berkaitan dengan dakwaan bagaimana Jong-nam telah dibunuh.

“Terdapat dakwaan bahawa suspek wanita yang ditahan telah membunuhnya dengan menggunakan jarum beracun atau menekup mukanya dengan bahan kimia. Kami mendesak untuk berjumpa dengan suspek bagi mengetahui kebenarannya,” kata Kang Chol.

Pada 13 Februari, Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya itu, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain mengandungi cecair yang dipercayai racun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di klia2 dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kang Chol mendakwa polis Malaysia masih belum mengenal pasti punca kematian, dan menurutnya Korea Utara masih menunggu keterangan daripada suspek.

Kang Chol, yang merujuk si mati sebagai Kim Chol sepanjang sidang media itu, berkata: “Mereka (polis Malaysia) lebih fokus untuk mengenal pasti (lelaki yang mati) dengan menggunakan… nama yang didakwa oleh pihak yang memusuhi Korea Utara… dan meminta kehadiran waris untuk kenal pasti identiti dan ujian DNA untuk melewatkan penyerahan mayat.

“Ini jelas menunjukkan penyiasatan itu bukan untuk pengesahan punca kematain dan pemburuan suspek, tetapi lebih kepada politik,” katanya.

Kang Chol berkata si mati merupakan pemegang pasport diplomatik yang bermak Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik perlu dipatuhi.

Beliau mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 17 Februari yang mengenal pasti si mati sebagai warga Korea Utara Kim Jong-nam.

“Kami telah menyerahkan dokumen rasmi bahawa kami tidak tahu sebarang nama lain selain ‘Kim Chol’ sepertimana ditulis dalam pasport kepada polis Malaysia pada pagi 18 Februari.

“Kenapa Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan seumpama itu sehari sebelum kami menyerahkannya (dokumen)? Ini jelas mencadangkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan perancang Korea Selatan dalam insiden ini,” katanya.

Kang Chol mendakwa polis Malaysia berpakaian preman telah menyerbu unit kondominium di sini yang dihuni seorang warga Korea Utara dan “secara paksa” telah menahan lelaki itu tanpa sebarang waran tangkap dan bukti.

“Mereka telah mengumumkan yang mereka telah menahan dalangnya sebelum sebarang soal siasat dijalankan dan mereka turut menyiarkan di TV keadaan ketika suspek itu ditahan. Ini jelas merupakan pencabulan hak asasi yang nyata,” kata Kang Chol. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Exco FAM Sahkan TMJ, Annuar Bertanding

Next Post

Pesalah Dadah Lari Tahanan Sebab Rindukan Mak

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Next Post

Pesalah Dadah Lari Tahanan Sebab Rindukan Mak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd