• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Inabah Diperluas Atasi Penagihan Dadah

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Kerajaan akan memperluaskan penggunaan pendekatan agama dan kerohanian atau inabah dalam merawat penagih dadah di Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kaedah itu mampu menjadi alternatif kepada cara konvensional termasuk pemberian metadon yang dilihat menimbulkan kesan sampingan termasuk ketagihan baharu.

“Kaedah inabah ini boleh dijadikan alternatif kerana program rawatan menggunakan pendekatan kerohanian mampu memulihkan masalah penagihan. Ia juga boleh digabungkan dengan pendekatan secara konvensional atau sainstifik bagi meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan.

“Ini bukan hanya untuk orang Melayu Islam tetapi juga agama lain,” katanya berucap sempena lawatan kerja beliau ke CCRC Sungai Ruan, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan, dan Kepenggunaan Negeri Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin yang mewakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin.

Beliau berkata kaedah itu dilaksanakan di CCRC Sungai Ruan sejak 2015 dan terbukti mampu membantu memulihkan masalah penagihan serta mengekalkan tahap kepulihan pelatih berdasarkan perubahan sifat dan sikap mereka.

Sehubungan itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya akan memastikan kaedah tersebut dapat diperluaskan ke semua CCRC di seluruh negara dengan peruntukan tertentu daripada kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

AADK difahamkan akan memperluaskan modul itu di CCRC Perlop, Sungai Siput, Perak dan CCRC Tiang Dua, Melaka bermula bulan depan.

Ahmad Zahid berkata usaha untuk memerangi penyalahgunaan dadah di negara ini tidak seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan tetapi juga harus melibatkan diri sendiri, ibu bapa dan agensi lain.

Katanya masalah itu harus diatasi sebelum negara berhasrat menjadi antara 20 negara terkemuka dalam pelbagai bidang menjelang 2050 menerusi Transformasi Nasional 2050.

“Tidak ada gunanya sekiranya KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), pendidikan, inovasi dan kreativiti kita dalam kedudukan 20 terbaik dunia tetapi masalah penagihan terus berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd