• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesinambungan Kerajaan Penting Untuk Pembangunan

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Kesinambungan kerajaan sedia ada penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan diteruskan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang, termasuk bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melemparkan fitnah mengenai usaha kerajaan selama ini.

“Kita jangan dengar pasal nak ubah Sabah. Apa yang kita mahu ialah kesinambungan pembangunan yang diusahakan pemimpin sekarang.

“Rakyat menjadi saksi dan mereka tahu keadaan sebenarnya (pembangunan yang dibawa kerajaan),” katanya pada majlis bersama pemimpin masyarakat Kota Belud sempena lawatan kerja ke daerah ini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Musa juga berkata kerajaan Sabah sentiasa mengutamakan kerja bagi memastikan semua rancangan pembangunan di negeri ini berjalan lancar.

Ketua menteri itu memulakan lawatan kerja sehari dengan mendengar taklimat pembangunan Kota Belud oleh Pegawai Daerah Gari Itam sebelum melawat Dataran Kota Belud dan pameran mengenai Rangkaian Keselamatan dan Operasi Bersepadu Banjir (SAIFON).

Beliau turut melawat Projek Perumahan Rakyat Kampung Pirasan dan tapak Jelapang Padi Kota Belud. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasional (BN)Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Dikompaun RM10,000 Kerana Melanggar SOP Fasa 4 PPN

28/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun RM10,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melanggar SOP dengan menganjurkan majlis sosial...

Kerajaan Campuran BN-PAS Di 4 Negeri Akan Diperinci

18/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan kerajaan campuran di antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di empat buah negeri akan diteliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd