Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Bunuh Dua...

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini,...

Lelaki Didakwa Menyamar Pegawai...

SHAH ALAM - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Tutup Pusat Tahfiz Tindakan...

KUALA TERENGGANU - “Takkanlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tak betul tindakan begitu.” Demikian komen...

Tiada Cadangan Kenaikan Tol...

PETALING JAYA - Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan...

Kesinambungan Kerajaan Penting Untuk Pembangunan

KOTA BELUD – Kesinambungan kerajaan sedia ada penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan diteruskan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang, termasuk bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melemparkan fitnah mengenai usaha kerajaan selama ini.

“Kita jangan dengar pasal nak ubah Sabah. Apa yang kita mahu ialah kesinambungan pembangunan yang diusahakan pemimpin sekarang.

“Rakyat menjadi saksi dan mereka tahu keadaan sebenarnya (pembangunan yang dibawa kerajaan),” katanya pada majlis bersama pemimpin masyarakat Kota Belud sempena lawatan kerja ke daerah ini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


Musa juga berkata kerajaan Sabah sentiasa mengutamakan kerja bagi memastikan semua rancangan pembangunan di negeri ini berjalan lancar.

Ketua menteri itu memulakan lawatan kerja sehari dengan mendengar taklimat pembangunan Kota Belud oleh Pegawai Daerah Gari Itam sebelum melawat Dataran Kota Belud dan pameran mengenai Rangkaian Keselamatan dan Operasi Bersepadu Banjir (SAIFON).

Beliau turut melawat Projek Perumahan Rakyat Kampung Pirasan dan tapak Jelapang Padi Kota Belud. – BERNAMA

Kategori