• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam, Polis Buru 7 Suspek

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu tujuh lagi suspek lelaki bagi membantu siasatan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Beliau berkata empat daripadanya disahkan warga Korea Utara yang telah melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian iaitu Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Nam, 57.

“Bagaimanapun kami tidak boleh mendedahkan lokasi negara yang mereka pergi kerana masih dalam siasatan.

“Tiga lagi diperlukan bagi membantu siasatan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, yang juga warga Korea Utara dan dua lagi sedang dikenal pasti oleh pihak kami,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam, Polis Buru 7 Suspek

Menurut Noor Rashid, keempat-empat suspek yang melarikan diri ke luar negara itu tiba di Malaysia di antara tempoh 31 Januari hingga 7 Februari.

“Oleh itu, untuk memburu suspek berkenaan, kami akan bekerjasama dengan polis Interpol dari segi perkongsian maklumat,” katanya.

Ditanya pemberita sama ada polis akan bekerjasama dengan kerajaan Korea Utara dalam membantu siasatan kes ini, Noor Rashid berkata setakat ini pihaknya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana negara kecuali Interpol.

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam, Polis Buru 7 Suspek

Kes Pembunuhan Kim Jong-nam, Polis Buru 7 Suspek

Dalam pada itu, Noor Rashid turut mendedahkan Jong-nam datang ke Malaysia atas urusan peribadi dan enggan mengulas lanjut.

Menyentuh mengenai dua suspek wanita iaitu Doan Thi Huong, 28, yang memegang pasport Vietnam, dan Siti Aisyah, 25, pemegang pasport Indonesia, serta seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jallaludin, 26, yang ditahan sebelum ini, beliau berkata mereka direman sehingga Rabu depan.

Suspek keempat iaitu warga Korea Utara dikenali sebagai Ri Jong Chol, 47, yang ditahan semalam, direman sehingga Jumaat depan.

Ditanya mengenai status mayat Jong-nam di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, Noor Rashid berkata sehingga kini, tiada mana-mana pihak atau waris yang tampil untuk menuntut mayat Jong-nam.

“Oleh itu, polis memberi tempoh dua minggu kepada waris untuk tampil menuntut mayat Jong-nam sebelum kami membuat keputusan selanjutnya.

“Selain itu, waris juga perlu membawa sebarang surat yang boleh membuktikan pertalian keluarga sebelum dibenarkan menuntut mayat berkenaan,” katanya sambil menambah punca kematian masih dalam siasatan.

Noor Rashid berkata mayat berkenaan perlu dikenal pasti dan yang paling layak untuk mengenal pasti mayat tersebut adalah waris terdekat.

“Jadi kami perlukan seperti anak, kakak atau adik mangsa untuk membantu mengenal pasti mayat,” katanya.

Noor Rashid berkata motif kejadian dan jenis racun yang didakwa membunuh Jong-nam masih dalam siasatan.

“Kami berharap akan dapat jenis sampel racun dengan secepat mungkin yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKim Jong-unKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd