• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: Polis Malaysia Tolak Siasatan Bersama

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menolak cadangan pihak berkuasa Korea Utara supaya diadakan siasatan bersama berhubung kes pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-nam, pada 13 Feb lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Tiada… perkara ini dalam bidang kuasa kami, bukan mereka,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada Malaysia akan bersetuju dengan tuntutan dan permintaan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, supaya siasatan bersama diadakan berhubung kes pembunuhan itu.

Isnin lepas, Kang Chol mendesak supaya Korea Utara dibenarkan menyertai siasatan terhadap kematian seorang warganegaranya selepas menuduh Malaysia “bersekongkol dan mengikut selera kuasa luar”.

Kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas itu.

Dalam kenyataan pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dakwaan Korea Utara itu dan mempertahankan profesionalisme serta kesaksamaan pihak berkuasa Malaysia dalam mengendalikan siasatan berkenaan.

Najib berkata polis dan doktor Malaysia sentiasa profesional serta saksama dalam mengendalikan siasatan itu.

Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Feb semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkhalid abu bakarKim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd