• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Secawan Kopi Hidup Gelandangan Berubah

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA secawan kopi namun ia telah merubah kehidupan seorang gelandangan yang dikenali sebagai  David. Jika setahun lalu David merayau sekitar jalan di Chester dengan pakaian buruk dan selekeh namun kehidupannya kini telah berubah.

Lebih menarik, dia berjaya mendapat pekerjaan selepas menjalani proses temuduga semalam. Bagaimanapun tidak dinyatakan pekerjaan yang diperolehinya itu.

Jalan cerita David memang menarik. Ketika menjadi gelandangan, dia telah membawa kupon untuk kopi ke sebuah pusat kebajikan dikenali sebagai Charity Supporting Homeless Assisting Refugees Everywhere (SHARE).

Tidak lama kemudian, David dengan bantuan sukarelawan di SHARE telah membantu David untuk mengubah gaya hidup dan kehidupannya. Mereka juga membantunya untuk membuat resume serta menaikkan semangatnya untuk menjalani temuduga berkenaan.

“12 bulan lalu David datang ke kedai SHARE untuk mendapatkan kopi yang dibelikan oleh seorang yang tidak dikenalinya. David adalah gelandangan dan terpaksa bergelut untuk hidup di jalanan.

“Sejak hari itu, sukarelawan SHARE telah membantu menukar hidupnya.

“Dia datang kepada kami hari ini dan memberitahu bahawa dia sudah mendapat pekerjaan serta mula bekerja pada Selasa,” demikian tulis jurucakap SHARE dalam Facebook sambil memuatnaik gambar David ketika menjadi gelandangan dan gambar terbarunya yang lebih segak serta terurus. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gelandangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

04/08/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd