• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Bola Sepak Jadi Begini – Annuar

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Isu bola sepak Kelantan membawa saya hingga apa yang sedang berlaku sekarang,” kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, Annuar menegaskan beliau tetap berbangga dan bersyukur dengan apa yang telah beliau lakukan untuk The Red Warriors (TRW).

Menurutnya, beliau juga berbangga kerana apa yang beliau lakukan semata-mata untuk pasukan bola sepak Kelantan dan bukan untuk dirinya.

“Saya ucapkan terima kasih semua yang menunaikan solat hajat untuk saya. Saya sangat terharu.

“Namun saya bersyukur dan bangga dengan apa yang saya buat asal bukan untuk diri saya. Apakan daya tiada siapa mahu ambil tanggungjawab ini (mengendali KAFA).

“Siapa mahu ambil tanggungjawab ini. Untuk ramai bergembira sudah tentu harus ada satu yang terpaksa menderita,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam sebilangan rakyat Kelantan termasuk penyokong TRW mengadakan solat hajat untuk Annuar yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Annuar disiasat kerana dakwaan beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk membolehkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Isu itu bermula apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan Annuar menyalahgunakan kuasanya supaya Mara menaja pasukan Kelantan.

Dakwaan itu timbul sejurus berlaku perang mulut antara Annuar dan Tunku Ismail apabila Annuar membantah cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi selain mempertahankan peranan ahli politik dan kerajaan negeri dalam sukan bola sepak.

Annuar dalam kenyataannya semalam menafikan beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai Pengerusi Mara supaya UniKL menaja TRW.

Menurutnya, walaupun beliau Pengerusi Mara waktu itu, segala tajaan ke atas pasukan Kelantan dilakukan secara jujur mengikut peraturan dan undang-undang.

“Mara, KAFA, Penerangan (UMNO) dan Ahli Parlimen Ketereh saya junjung amanah ini dan pertaruh nyawa serta maruah diri untuknya,” katanya merujuk kepada jawatan-jawatan yang pernah atau sedang disandangnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd