• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Catat 11 Kes Baharu Jangkitan Rotavirus

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah telah mencatatkan 11 kes terbaharu jangkitan virus Rotavirus melibatkakan kanak-kanak dan remaja, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes jangkitan direkodkan di hospital di negeri itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, 11 kes terbaharu itu melibatkan pesakit berumur setahun hingga 19 tahun yang mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling dari 28 Januari hingga 30 Januari lepas.

Katanya, sehingga pukul 5 petang semalam, empat orang telah dimasukkan ke Hospital Kulim, Hospital Jitra (tiga kes), Hospital Sik (dua kes) manakala Hospital Yan dan Hospital Pakar Amanjaya, Sungai Petani masing-masing dengan satu kes.

“Ada antara mereka ditahan di wad untuk rawatan susulan dan ada diberi rawatan pesakit luar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan mereka yang mengunjungi pusat rekreasi tersebut daripada 25 Januari hingga 3 Februari lalu dengan mengalami gejala cirit-birit untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan memaklumkan sejarah mengunjungi pusat rekreasi terbabit.

Katanya, pusat rekreasi tersebut masih ditutup untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh. – BERNAMA

Tags: KedahRotavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd