• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sasar Bayaran Balik Cukai Input GST Capai 85%

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai input (ITC) cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mencapai tahap lebih 85 peratus pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ini merupakan susulan peningkatan bayaran balik ITC kepada perniagaan yang mencecah 80 peratus pada tahun lepas berbanding 67 peratus pada 2015, hasil kecekapan pegawai serta kualiti borang yang dikembalikan oleh syarikat terbabit.

“Kami mengambil langkah untuk memastikan bayaran balik itu dapat dilakukan dalam tempoh 14 hari,” katanya kepada pemberita bersempena program Persidangan GST Kebangsaan 2017 selama dua hari, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz, menyampaikan ucaptama pada persidangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Khazali berkata bagi mencapai sasaran itu, Jabatan Kastam akan melaksanakan strategi mesra pelanggan iaitu ‘makluman pematuhan’ berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman sebelum ini yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan usaha meningkatkan aspek pematuhan.

Menurutnya, strategi itu yang merupakan sebahagian daripada operasi Strategi Lautan Biru Kastam (OPS CBOS), dilaksanakan menerusi kunjungan secara bersemuka ke premis perniagaan terbabit untuk memberi nasihat dan perkara berkaitan GST.

Malah, perniagaan itu turut diberi tempoh 30 hari untuk memperbetulkan kesilapan berbanding 14 hari sebelum ini.

Khazali berkata sebaik selesainya Fasa 1 OPS CBOS itu, Jabatan Kastam dapat mengesan cukai tidak diisytiharkan berjumlah RM800 juta dan berjaya memperolehi lebih RM500 juta.

Fasa 1 OPS CBOS telah dilancarkan bagi tempoh antara 1 Sept dan 31 Dis, 2016 yang membabitkan kira-kira 50,000 syarikat selain pilihan secara rambang bagi memastikan mereka yang mendaftar bagi GST itu memahami sepenuhnya undang-undang serta peraturan cukai berkenaan.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Othman berkata Jabatan Kastam akan terus mengadakan program kesedaran dan pendidikan GST, tahun ini.

Pada 2016, jabatan itu melaksanakan sejumlah 6,547 program merangkumi 1,231 untuk pihak industri; 775 bagi agensi kerajaan dan 4,541 untuk orang awam.

“Usaha ini beserta insiatif lain seperti program bimbingan, penerbitan garis panduan serta mewujudkan pusat maklumat adalah antara langkah diambil jabatan ini untuk mendidik dan menerapkan budaya pematuhan tinggi dalam kalangan pembayar cukai serta orang ramai secara amnya,” katanya.

Pada masa ini, sejumlah 435,000 syarikat mendaftar untuk GST berbanding 430,000 pada Disember tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd