• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurukamera Buat Liputan Kes Jong-nam Ditahan

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang ‘berkampung’ bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi tadi.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman.

Difahamkan, jurukamera KBS itu ditahan kerana dipercayai berada di sekitar IPFN dalam keadaan mencurigakan.

Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan setelah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.

“Polis telah membebaskan dia dalam masa setengah jam setelah kami membawa dan menunjukkan segala dokumen yang perlu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Sukri ketika dihubungi Bernama berkata kehadiran sepasukan STAFOC bukan kerana membawa anak sulung mendiang Jong-nam iaitu Kim Han-sol, 21, yang dijangka hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Deoksiribonukleik Asid (DNA).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang semalam bagi menunggu kehadiran Han-sol yang dijangka hadir ke IPFN untuk melakukan ujian DNA bagi urusan menuntut mayat selain membantu siasatan kes itu namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga awal pagi ini.

Ujian DNA yang akan dibuat oleh Han-sol adalah bagi tujuan pengesahan identiti seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd