SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di Selangor menyusut sedikit kepada 199 orang setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 216 orang malam tadi.
Sehingga kini, tiga pusat pemindahan masih kekal dibuka di daerah Sabak Bernam dan Sepang.
Menurut jurucakap Unit Pengurusan Bencana Selangor, seramai 117 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di Dewan Taman Gemilang dan 77 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tenang, Sepang.
“Jumlah mangsa banjir di Sabak Bernam masih kekal lima orang terdiri daripada dua keluarga yang ditempatkan di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. – BERNAMA