• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Jawab Isu Reflektor MS 828:2011

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap kenderaan perdagangan dengan had maksimum berat muatan (BDM) 3,500 kilogram ke atas diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya (reflektor) MS 828:2011 bermula 1 Januari lalu atas faktor keselamatan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan media berkata, reflektor itu dikehendaki dipasang pada bahagian sisi kiri dan kanan serta belakang kenderaan perdagangan seperti yang tertakluk dibawah Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011.

Bagaimanapun, kata JPJ, kerajaan telah bersetuju untuk hanya mewajibkan pemasangan reflektor MS 828:2011 pada bahagian belakang kenderaan perdagangan.

“Penguatkuasan pemasangan reflektor pada bahagian sisi kiri dan kanan kenderaan ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

“JPJ berharap penguatkuasaan sepenuhnya akan dapat direalisasikan kelak,” kata kenyataan itu hari ini.

Penguatkuasaan pemasangan reflektor MS 828:2011 bermula 1 Januari tahun ini dibidas segelintir pihak kerana mendakwa ia membebankan pengusaha kenderaan perdagangan.

JPJ seterusnya menjelaskan, penjualan reflektor MS 828:2011 hanya melalui ‘dealer’ dan ‘booth’ di cawangan Puspakom bagi mengelakkan produk tiruan berleluasa dan penipuan oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan.

Kata JPJ, penjualan melalui booth di cawangan Puspakom juga bertujuan memberi keutamaan kepada kenderaan yang menjalani pemeriksaan yang tidak lagi mempunyai reflektor tersebut.

Namun, kata JPJ, jabatan itu mengalu-alukan mana-mana syarikat yang memperolehi pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM untuk menjual reflektor bagi tujuan penguatkuasaan tersebut.

“Buat masa ini hanya dua syarikat sahaja telah memperolehi pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM iaitu syarikat Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn. Bhd. dan 3M Malaysia Sdn. Bhd.,” kata JPJ.

Sementara itu, kata JPJ, berhubung produk reflektor tiruan yang terdapat di pasaran, kerajaan meminta pihak pembekal tidak terlibat dengan perkara itu.

“JPJ akan bekerjasama dengan KPDNKK bagi membanteras produk reflektor tiruan tersebut,” kata JPJ. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Isu ReflektorJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd