Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pelakon Lelaki Ramai Kena...

PETALING JAYA: Pelakon ber­penga­laman, Namron mende­dah­kan ramai pelakon lelaki menjadi mangsa gangguan seksual...

Padah Peniaga Terlalu Galak...

BEIJING - Seorang pemilik kedai skuter di barat daya China yang terlalu bersemangat...

Kaji Tindakan Undang-Undang Kepada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan...

AS Gesa Rusia Berundur...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa Rusia berundur dari kawasan sempadan dengan Ukraine, serta...

JPJ Beri Amaran Sita Motosikal Dego Ride

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan menyita motosikal ‘Dego Ride’ yang masih aktif beroperasi.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk Valluvan Veloo berkata pihaknya difahamkan pengusaha motosikal teksi tersebut akan kembali beroperasi meskipun amaran dan saman telah dikeluarkan.

“Saya beri amaran, kali ini kita tak akan saman tapi kita akan sita motosikal mereka (pengusaha).

“Sekarang ini kita kenal pasti lebih 6,000 pengusaha yang berdaftar dan saya difahamkan mereka nak beroperasi kembali… jadi saya beri amaran, anggota JPJ sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan. Kalau dua minggu lepas kita hanya keluarkan saman, tapi kali ini kita akan terus sita motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Pertolongan Cemas JPJ Siri 2/2017 di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri.

Minggu lalu, Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan ‘Dego Ride’  dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan dan lesen operasi untuk pengendali perkhidmatan tersebut tidak dikeluarkan buat masa ini.

Valluvan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung operasi tersebut dan keterangan daripada ketua pegawai eksekutif Dego Ride juga telah diambil Selasa lalu.

“CEO Dego Ride dah datang untuk beri keterangan dua hari lepas dan kita akan siasat di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan.


“Setakat ini kita dah keluarkan tiga saman dan kita kenal pasti operasi ‘Dego Ride’ ini aktif di sekitar Lembah Klang dan mereka mendapatkan pengguna menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata kursus pertolongan cemas tersebut merupakan satu daripada inisiatif untuk memberi nilai tambah kepada anggota JPJ dalam memberikan pertolongan cemas peringkat awal sebelum anggota perubatan tiba di lokasi kejadian.

“Kursus ini dijalankan secara berperingkat sejak akhir tahun lalu yang mana selepas ini kesemua penguat kuasa JPJ akan dilengkapi kemahiran memberi pertolongan cemas ini.

“Kita dapati kursus ini sangat berkesan… mungkin sebelum ini anggota JPJ tidak berani nak beri bantuan awal sekiranya berlaku kemalangan kerana tak dilengkapi dengan kemahiran, tetapi selepas kursus ini diperkenalkan telah ada anggota bertindak memberi pertolongan,” katanya. – BERNAMA

Kategori