• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Rancang Bina Lapangan Terbang Di Mersing

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kedatangan pelancong ke kawasan Mersing yang terletak kira-kira 130 km dari pusat bandar Johor Bahru dijangka bertambah rancak pada masa depan.

Ini berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah terbabit bagi meningkatkan jaringan hubungan di antara Mersing dengan kawasan di sekitarnya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perancangan terbabit telah diusulkan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan.

“Memang kita (kerajaan negeri) ada minta (Mersing dibina lapangan terbang) dan setakat ini, Kementerian Pengangkutan sedang membuat kajian.

“Selain itu, kita juga mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi lapangan terbang di daerah Pontian tetapi itu hanyalah perancangan jangka panjang dan ia cuma sudah dibincangkan di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina MCA Johor 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Sementara itu, Liow yang diminta mengulas perkara berkenaan berkata, “Sekarang ini kita mempunyai dua pilihan sama ada akan membinanya di Pulau Tioman (Pahang) atau di Mersing kerana kita hendak  sektor pelancongan di kedua-dua tempat itu bertambah rancak,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Liow berkata pihaknya memberikan sokongan penuh kepada  kepimpinan Mohamed Khaled untuk terus membawa arus perubahan di negeri ini, baik dari segi ekonomi, politik dan sebagainya.

“Sejak beliau mengambil alih pentadbiran, telah banyak perancangan dan program telah dilaksanakan sehingga Johor mempunyai pertumbuhan ekonomi yang pesat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordinlapangan terbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Veteran Dicadang Disambut Pada 20 Mei Setiap Tahun – Khaled Nordin

Hari Veteran Dicadang Disambut Pada 20 Mei Setiap Tahun – Khaled Nordin

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan cadangan mewujudkan Hari Veteran yang akan disambut pada 20...

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

Menteri Pertahanan Sempurnakan Pengurniaan Darjah Kepahlawanan ATM Kepada 465 Penerima

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Sesi Kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd