• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Bekas Exco Selangor Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jenazah bekas Exco Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, 73, yang meninggal dunia pukul 3.34 pagi tadi akibat kanser pankreas di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, selamat dikebumikan tengah hari ini.

Terdahulu jenazah dimandi dan disembahyangkan di rumahnya di Seksyen 9 di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada pukul 11.05 pagi bersama kira-kira 200 anggota keluarga dan sahabat handai.

Allahyarham merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara dan bekas Ketua UMNO Bahagian Subang.

Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor selama dua penggal dari 1999 hingga 2008.

Hasil perkongsian hidup bersama Datin Rahimah Naim, 68, mereka dikurniakan lima anak berumur antara 27 dan 43 tahun.

Baca: Bekas Exco Selangor Meninggal Kerana Kanser

Anak bongsu beliau, Azizi Mohd Mokhtar, 27, berkata penyakit bapanya mula dikesan pada Disember tahun lalu selepas ayahnya mengadu sering sakit perut.

“Apabila ayah mengadu sakit perut kami membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mendapati kanser pankreas ayah telah berada pada tahap empat.

“Selepas itu kesihatan ayah mula merosot dan pada Januari lalu dia dimasukkan ke Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sisi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Subang, Datuk Zein Isma Ismail menyifatkan pemergian Mohd Mokhtar sebagai satu kehilangan yang besar kepada UMNO bahagian berkenaan serta masyarakat di Subang terutamanya di Kota Damansara di mana Allahyarham menjadi ADUN kawasan tersebut pada 2004 sehingga 2008.

“Sewaktu menjadi ADUN di sini, Allahyarham banyak mencurahkan khidmat baktinya kepada masyarakat setempat tanpa mengenal penat lelah,” kata Ketua Penerangan UMNO Selangor itu. – BERNAMA

Tags: Exco Selangormeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd