• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sewenang-Wenang Serbu Premis Di Selangor

oleh AK-47
04/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyambut baik tindakan polis menahan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kerana menceroboh premis yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di sekitar Selangor.

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, penahanan Jamal itu harus dijadikan peringatan kepada rakyat yang berfikir mereka boleh mengambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya menyerbu premis tanpa kebenaran.

“Walaupun pihak polis sekalipun harus mengikut prosedur yang betul sebelum melaksanakan sebarang serbuan tanpa pengecualian. Orang awam seperti Jamal harus serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan ke atas apa-apa aduan.

“Terdapat saluran yang betul untuk menangani perkara-perkara seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jamal yang juga ketua Kumpulan Baju Merah ditahan polis di kediamannya di sini semalam direman selama lima hari bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian ceroboh beberapa premis perniagaan oleh ahli Kumpulan Baju Merah kerana didakwa menjalankan kegiatan perjudian haram di Selangor.

Media sebelum ini melaporkan Jamal bersama pengikutnya melakukan ‘serbuan’ ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas di Ampang Jaya pada Disember lalu.

Serbuan itu dibuat pukul 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1 bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan, serbuan itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.

Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.

Jamal dipetik berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.

Zuraida dalam pada itu menyifatkan Jamal yang merupakan penentang gerakan anti-Kerajaan mengesyorkan pihak polis merujuk Jamal untuk pemeriksaan kewarasan di Tanjung Rambutan.

Dakwa Ahli Parlimen Ampang itu, Jamal yang tidak waras perlu ditahan dan diberi rawatan bagi melindungi keselamatan orang awam daripada ancaman beliau.

Beliau bagaimanapun meminta pihak polis melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan pusat hiburan keluarga digunakan sebagai pusat perjudian haram. -MYNEWSHUB.CC

Tags: PKRZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd