• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Sah Letak Jawatan Ketua Bahagian UMNO

oleh AK-47
09/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Seri Jamal Md. Yunos secara rasmi hari ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi BN kawasan Parlimen itu.

Portal Sinar Online melaporkan, beliau menyerahkan surat tersebut terus kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar di Bangunan UMNO di sini.

Pengerusi Gerakan Baju Merah itu tekad dengan keputusannya kerana tidak mahu nama baik serta maruah UMNO dan BN tercalar dek tindakannya pernah ditahan polis kerana menyerbu pusat judi haram di Ampang tahun lalu.

“Saya telah ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun, hasil daripada tangkapan itu saya telah dikenakan reman lima hari, kes ini telah menjadi tajuk utama akhbar.

“Dalam hal ini, saya percaya bahawa kes ini secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik parti dan kepimpinan tertinggi parti khasnya di Selangor.

“Sebagai ahli yang sayang parti banyak berjasa kepada rakyat, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tersebut dan berhasrat meletakkan jawatan,” kata Jamal.

Mengulas lebih lanjut menerusi surat rasmi bertarikh 7 Februari itu, Jamal berkata, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada Pengerusi UMNO Selangor dan nekad menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat.

“Saya akan patuh dengan apa jua keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Jamal Md YunosUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd