• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Hulu T’ganu-Gua Musang Rosak Angkara Lori Bijih

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap tahun bagi membaiki kerosakan jalan Hulu Terengganu-Gua Musang disebabkan lori mengangkut bijih besi melebihi had muatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Katanya jalan yang sepatutnya memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya untuk bergerak antara Kelantan, Terengganu dan Perak itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha bijih besi di Gua Musang, Kelantan.

“Jabatan Pengangkutan Jalan Raya telah menetapkan had muatan lori hanya 40 tan pada satu-satu masa, namun kebanyakannya dikesan membawa muatan antara 90 hingga 100 tan.

“Muatan yang berlebihan ini menghasilkan gegaran yang memberi kesan kepada lereng-lereng bukit yang akhirnya boleh menyebabkan runtuhan tanah, sama ada yang berskala kecil, sederhana atau besar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya walaupun operasi penguatkuasaan sering dilaksanakan terhadap lori-lori terbabit, hukuman ringan yang dikenakan menyebabkan pengusaha bijih besi tidak serik.

“Justeru kita berharap denda maksimum dapat dikenakan kepada pengusaha bijih berkenaan agar mereka serik dan tidak lagi mengangkut bijih besi melebihi muatan ketika melalui jalan berkenaan,” katanya.

Tengku Putera berkata jalan sepanjang 70 kilometer itu dibuka 10 tahun lalu dan sepatutnya berperanan sebagai jalan pintas yang menghubungkan Kelantan-Terengganu-Perak.

“Satu kerugian apabila jalan ini sepatutnya menjadi laluan utama bagi memajukan sektor sosioekonomi masyarakat setempat. Jalan ini merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir iaitu satu tarikan pelancongan utama di negeri ini.

“Namun disebabkan ia sering rosak, tidak ramai pengguna memilih laluan ini sebaliknya mereka lebih rela menggunakan laluan jauh terutama pengunjung dari atau ke Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur dan ini mempengaruhi kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir,” katanya.

Terdahulu Tengku Putera menghadiri Program Salam Qaseh Sempadan Hulu Terengganu-Kelantan Selatan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Paloh Datuk Norzula Mat Diah.

Program sehari itu bertujuan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut yang membelenggu penduduk sekitar dan pengguna jalan raya sejak sekian lama.

Sementara itu, Norzula berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak melaksanakan sebarang penguatkuasaan terhadap pengusaha bijih besi di Gua Musang.

“Ini menyebabkan mereka bermaharajalela dan tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku di sepanjang laluan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jalan RayaLori Bijih Besi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd