• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bot: Isteri Hampir Pengsan Suami Terbabit

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang isteri hampir pengsan selepas menerima berita mengenai suaminya antara lapan anggota polis yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian letupan bot di Jeti Marin Kampung Acheh, di Manjung, semalam.

Idawati Awang, 35, isteri kepada anggota Komando 69, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh itu berkata beliau menerima panggilan kira-kira 10.15 pagi daripada isteri rakan suaminya sebelum bergegas ke Hospital Seri Manjung (HSM).

“Saya sedang mengajar ketika mendapat berita itu. Saya rasa lutut saya longgar dan hampir pengsan apabila rakan menelefon dan memberitahu keadaan suami saya sebelum menyuruh saya banyak bersabar.

“Saya kemudian cuba menelefon suami saya namun gagal. Saya menjadi buntu dan bernasib baik pihak kolej sanggup menghantar saya ke HSM untuk melihat keadaan suami saya secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di HSM di sini hari ini.

Idawati merupakan pensyarah di sebuah kolej di Ipoh berkata bagaimanapun dia bersyukur kerana suaminya selamat biarpun mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kirinya dalam kejadian itu.

Menurut Idawati, suaminya yang telah berkhidmat dalam unit itu sejak tahun 2000 selalu memesan untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang keadaan dan kemungkinan, kerana risiko tugasannya yang tinggi.

“Sejak berkahwin lagi saya telah diminta untuk bersedia kerana dia perlu berdepan dengan pelbagai situasi berbahaya termasuk pernah terlibat dengan operasi semasa peristiwa di Lahad Datu pada tahun 2013,” katanya.

Menceritakan semula saat cemas yang dialami suaminya itu, Idawati berkata suaminya bernasib baik kerana telah mengubah tempat dari tempat duduk belakang ke hadapan bot berkenaan.

“Suami saya ada beritahu, dia yang mulanya duduk di belakang berhampiran enjin, tiba-tiba hendak duduk di barisan hadapan dalam bot berkenaan.

“Sebaik sahaja dia melangkah dalam lima saat, enjin itu kemudiannya meletup secara tiba-tiba,” katanya yang mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, bot berkenaan meletup selepas mengalami kerosakan teknikal di bahagian enjin, mengakibatkan kesemua lapan anggota polis yang duduk di kiri dan kanan bot tercampak keluar termasuk juga pengendali bot berkenaan.

Kesemua mereka merupakan anggota Komando 69 dari PGA Ulu Kinta, Ipoh yang sudah lima hari menjalani kursus bermula 10 Feb dan dijadual berakhir pada 24 Feb ini. – BERNAMA

Tags: bot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

25/09/2018
0

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd